CALENDAR

Wednesday 23 December 2015

APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN SEMASA PEMBEDAHAN?

Pencatuman tulang belakang

Beberapa skru pedikel dimasukkan ke dalam tulang belakang dan skru-skru ini disambung kepada rod besi untuk meluruskan tulang belakang tersebut. Permukaan tulang belakang yang terbabit akan didedah dan cantuman tulang (bone graft) (yang akan diambil dari pesakit sendiri) akan diletakkan
di atas tulang-tulang yang terdedah tersebut.

Pada mulanya, skru dan rod besi akan memberikan kestabilan kepada tulang belakang. Namun setelah tulang-tulang tesebut bercantum, ianya akan menjadi cukup kuat untuk meluruskan belakang dengan sendiri.


Apakah risiko pembedahan?
Kadar komplikasi (besar dan kecil) secara keseluruhan adalah kurang daripada 5%. Ini adalah rekod dari PPUM.


Apakah yang akan berlaku jika tidak menjalani pembedahan.
Apabila lengkungan mencecah 100 darjah atau lebih, risiko untuk kegagalan paru-paru / jantung adalah lebih tinggi, yang mana mungkin terjadinya kematian pada umur yang muda.




Article : Scoliosis Patient Handbook (UMMC)


No comments:

Post a Comment