CALENDAR

Thursday, 24 December 2015

SEBELUM OPERATION DATE

I'm brought my daughter- Nurul Afreena to meet our 1st scoliosis patient at HUKM. Tujuannya adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang what is Scoliosis and etc.

Alhamdulillah- Allah permudahkan perjalanan kami- yang selama ini I never been to HUKM and really sesat-sesat walaupun pakai Waze..ha ha. Finally kami sampai.

Surprising jugak ingatkan nama patient tu ADLINA - girl and apa yang kita tahu scoliosis biasanya pada remaja perempuan. Masuk ke ward ORTHOPEDIk tanya pada nurse tu ada tak patient name by ADLINA- dia kata x de..Muhammad Adli ada..ha ha rupanya boy boy. Sorry Adli...auntie silap


UJIAN ALLAH

Setiap ujian yang datang adalah anugerah dari Allah. Allah menguji kita mengikut kemampuan hambanya. Aku bersyukur dengan setiap kali diuji. Kini aku diuji dengan Nurul Afreena menghidap scoliosis dan perlu di buat pembedahan.

Kenapa Nurul Afreena perlu dibedah- her curve progress very badly and need to do a surgery as soon as possible. Jika itu yang telah ditentukan- bagi kami (as a parent)- cuma berdoa semoga semuanya dipermudahkan urusan anak kami.

Nurul Afreena telah menjalani segala ujian seperti CT-scan, xray , nerve and etc. Tarikh operation telah ditentukan pada  6/10/2015. Pembedahan akan dilakukan oleh pakar spine surgeon di PPUM iaitu Prof. Kwan.
X-RAY pada 14/8/2015
Aku cuba menjadi kuat..walaupun air mata nie rasa nak gugur. YA ALLAH- mampukah aku hadapi
semua ini? Kenapa aku di duga? Kenapa setelah 12 tahun anak ku ini membesar dan lahir dengan sempurna baru kini engkau turunkan musibah ini? Ya Allah- berikan aku kekuatan supaya Nurul Afreena juga kuat.

Berbeza dengan anakku Nurul Afreena...dia yang agak cool, always think positif, she did mentioned that all this thing happen for a reason. As human we have to accept this fate,,,Mama. and I'm ready to go through all this. Pain is just a while but i will looks straight and for sure I'm taller than you..mama
Kata-kata ini membuatkan diri ini terasa sungguh bersyukur bahawa anakku telah bersedia.

KEHIDUPAN


Hidup ini umpama catur. Setiap buah catur ada keistimewaaannya. Begitulah Allah menciptakan setiap makhluk mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Setiap buah catur mempunyai pergerakan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan. Begitulah juga manusia, ada perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Setiap pergerakan dalam permainan catur ditentukan oleh si pemain. Begitu juga kehidupan manusia yang ditentukan oleh Allah s.wt. Setiap pemain, inginkan kesudahan yang baik agar mencapai kemenangan. Sama juga dalam kehidupan kita, di mana Allah mahukan kita mencapai yang terbaik di dunia dan akhirat.

Hidup, mati, jodoh, rezeki semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Manusia hanya berusaha untuk mencapai segala sesuatu itu. Tetapi tanpa kita sedari, adakalanya kita melakukan perkara yang salah untuk mencapai sesuatu. Kita tidak solat, semata-mata untuk mencari rezeki. Kita jumpa bomoh untuk mencari jodoh. Kita percaya ubat yang memanjangkan umur dan mencantikkan kita. Kita sering kali meletakkan kesandaran hidup kepada sesuatu selain Allah.

Percayalah, bahawa sesuatu yang Allah berikan kepada kita, itu adalah yang terbaik untuk kita. Tidak kira keburukan ataupun kebaikan. Biasakan diri kita dengan menyebut insyaAllah (dengan izin Allah). Apabila kita sakit, Allah lah yang menyembuhkan kita. Apabila kita lapar, Allah lah yang memberi rezeki kepada kita. Apabila kita sedih, Allahlah yang memberi perasaan itu kepada kita. Adapun sekiranya ubat, manusia atau makhluk-makhluk lain, itu cuma hanyalah sebagai penyebab kepada segala yang kita terima. Allah mengatur segala hidup kita.
,
Walaupun kehidupan kita telah ditetapkan oleh Allah, kita berhak bermohon kepada Allah. Inilah yang membezakan kita dengan buah catur itu tadi. Buah catur hanya digerakkan tanpa meminta. Tapi kita manusia, diberi hak untuk meminta kepada Allah. Qadar dan Qada akan jalan seiring bersama doa-doa kita. Jika apa yang kita doakan itu tidak dapat di dunia. Allah pasti akan memberinya di akhirat kelak kerana Allah. 3 jenis pembahagian doa :-
i)  doa yang dimakbulkan
ii) doa yang ditangguhkan
iii) doa yang dimakbulkan di akhirat

Sedarlah ! Tiada apa satupun di dunia ini adalah milik kita. Hatta mata, mulut, hati, akal, anak-anak, harta benda...semuanya adalah milik Allah. Allah pasti mahukan yang terbaik untuk hambanya yang beriman kepadanya. Janganlah kita meletakkan diri terlalu hebat dan gah. Kita selalu menyebut "atas hasil usaha akulah, aku jadi senang sekarang ini. " Ya, kita berusaha, tetapi yang memberikan kesenangan itu hanyalah Allah. Allah berhak untuk tidak memberi ataupun menarik kesenangan yang sementara itu jika kita tidak bersyukur kepadanya.

Berusaha, berdoa, bertawakal dan bersyukurlah kepada Allah. Apabila Allah memberi yang tidak baik, redhalah. Apabila Allah memberi yang baik, bersyukurlah! Allah yang berhak terhadap kehidupan kita.

Wallahualam 


 

APAKAH YANG AKAN BERLAKU SELEPAS PEMBEDAHAN?

1) Bilakah pesakit yang menjalani pembedahan boleh bangun dan berjalan untuk pertama kali selepas pembedahan?

- Selalunya dalam masa 24 jam selepas pembedahan

2)  Berapa lamakah pesakit perlu berada di hospital?
- 3- 4 hari

3) Berapa lamakah pesakit perlu berehat sebelum kembali membuat aktiviti biasa?
- 3 - 4 bulan

4) Bolehkan pesakit melibatkan diri dalam sukan?
- Boleh, tetapi bukan sukan yang memerlukan interaksi fizikal dengan pemain lain.

5) Adakah pembedahan ini akan menjejaskan kehamilan di masa hadapan pada pesakit wanita?
- Tidak



Article : Scoliosis Patient Handbook (UMMC)




Wednesday, 23 December 2015

APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN SEMASA PEMBEDAHAN?

Pencatuman tulang belakang

Beberapa skru pedikel dimasukkan ke dalam tulang belakang dan skru-skru ini disambung kepada rod besi untuk meluruskan tulang belakang tersebut. Permukaan tulang belakang yang terbabit akan didedah dan cantuman tulang (bone graft) (yang akan diambil dari pesakit sendiri) akan diletakkan
di atas tulang-tulang yang terdedah tersebut.

Pada mulanya, skru dan rod besi akan memberikan kestabilan kepada tulang belakang. Namun setelah tulang-tulang tesebut bercantum, ianya akan menjadi cukup kuat untuk meluruskan belakang dengan sendiri.


Apakah risiko pembedahan?
Kadar komplikasi (besar dan kecil) secara keseluruhan adalah kurang daripada 5%. Ini adalah rekod dari PPUM.


Apakah yang akan berlaku jika tidak menjalani pembedahan.
Apabila lengkungan mencecah 100 darjah atau lebih, risiko untuk kegagalan paru-paru / jantung adalah lebih tinggi, yang mana mungkin terjadinya kematian pada umur yang muda.




Article : Scoliosis Patient Handbook (UMMC)


JENIS RAWATAN

JENIS RAWATAN



Sudut Cobb (X˚) Jenis Rawatan
10 - 20˚ Pemerhatian dengan pemeriksaan susulan
20 - 45˚ Menggunakan pendakap (braces)
> 45˚ Pembedahan / Surgery



Pemerhatian
Pemerhatian akan dibuat setiap 4 hingga 6 bulan bagi memantau perkembangan lengkunang. Hanya penambahan >5 darjah di antara 2 pemeriksaan susulan (jarak 4-6 biulan) dianggap sebagai ketara.

Pemakaian Pendakap
Pendapar (brace/orthosis) digunakan untuk mengekalkan kedudukan tulang belakang dan menghalang lengkungan daripada menjadi teruk.

Kesan Rawatan menggunakan Pendakap
Kajian daripada Persatuan Penyelidikan Skoliosis mendapati penggunaan pendakap pleh 92% pesakit telah mencegah lengkungan mereka daripada menjadi lebih teruk berbanding dengan 49% pesakit yang tidak memakai pendakap.

Untuk memastikan rawatan menggunakan pendakap berjaya :-

1) Pesakit mestilah mematuhi cara pemakaian (mematuhi nasihat pakar tulang belakang / doktor)
2) Pembuatan pendakap yang betul





Article : Scoliosis Patient Handbook (UMMC)















BAGAIMANA UNTUK DIAGNOSIS SKOLIOSIS

BAGAIMANA UNTUK DIAGNOSIS SKOLIOSIS

X-ray dilakukan ke atas tulang belakang termasuk pinggul pesakit. Pemeriksaan x-ray dapat menentukan kedudukan Apeks (tulang belakang yang paling bengkok), arah kebengkokan serta mengira magnitud darjah bengkok dengan menggunakan sudur cobb.



Article : Scoliosis Patient Handbook (UMMC)

TANDA-TANDA SKOLIOSIS TERMASUK :-

TANDA-TANDA SKOLIOSIS TERMASUK :-

1) Lengkungan tulang belakang tidak seimbang
2) Bahu yang tidak sama tinggi
3) Tulang bahu dan rusuk yang menonjol, terutamanya apabila membongkok ke hadapan.
4) Pinggul yang tidak sama tinggi
5) Terdapat perbezaan pada jarak panjang kaki
6) Cara berjalan yang tidak seimbang




Article : Scoliosis Patient Handbook (UMMC)




APA ITU SKOLIOSIS

APA ITU SKOLIOSIS

Skoliosis adalah satu keadaan di mana tulang belakang seseorang yang membengkok dan melengkungpada paksinya dalam bentuk "C" atau "S" dari pandangan tepi.

Penyeban utama penyakit ini tidak dapat dikesam dalam >80-90 % pesakit skoliosis yang sedia ada dan dengan itu ia dipanggil "idiopatik".

Penyakit ini kerap berlaku di kalangan remaja, dan ia dikenali sebangai Skoliosis Idiopatik remaja (Adolescent Idiopathic Scoliosis)

Tiga hingga lima peratus daripada remaja mungkin akan mengalami lengkungan yang kecil. Ia lebih kerap di kalangan remaja perempuan, di mana lengkungan boleh bertambah teruk.

Skoliosis mempunyai beberapa kecendurangan genetik atau hormon yang tidak stabil dan sebagainya. Ia bukan disebabkan oleh mengangkat barang-barang berat, penglibatan sukan, kedudukan tidur/berdiri atau perbezaan yang kecil pada kepanjangan kaki.








Article : Scoliosis Patient Handbook (UMMC)

SCOLIOSIS JOURNEY

Ini adalah perjalanan Nurul Afreena dalam menghadapi situasi yang terlalu pantas berlaku dalam kehidupan kami.

Nurul Afreena binti Zamri - lahir pada 28/5/2003 di Pusat Perubatan University Malaya. Afreena adalah anak no. 3 atau bongsu. Kehadiran sungguh sempurna dan amat membahagiakan kehidupan kami sekeluarga setelah kami mempunyai 2 orang anak iaitu Nurul Atiqah dan Muhamad Hakimi.
Sayang adalah nama gelaran bagi Afreena..So everytime we will called her Sayang..She like a princess dan memang pun suka berlakon seolah menjadi seorang princess.

She's very active dan berfikiran matang jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang seusia dengan nya. Afreena membesar seperti kanak-kanak lain malahan Afreena langsung tidak menghadapi apa2 masalah. We can said that she's really smart girl.


Tarikh 24 Marcch 2015- adalah tarikh yang akan saya ingat kerana tarikh inilah di mana doktor yg datang ke sekolah Afreena membuat pemeriksaan tulang belakang. Bila balik dari sekolah , Afreena called me in the office- said that she having a scoliosis and need to do an x-ray. T this time her curve is about 15 degress. Oh..im said in my heart-what is scoliosis..i just google and find out...Rupa-rupanya tulang belakang- but im still blur- what kind of causes, and why now baru tahu. She grow up infront of us for 12 years tapi tidak ada cacat . Oh..hanya tuhan yang tahu hati seorang ibu masa tu. Aku tetapkan hati untuk menjadi kuat dan kuat. Ini pun untuk my daughter- Afreena. Aku hanya memberitahu my boss that im going to take an emergency leave tomorrow because nak bawak Afreena for medical check up di HKL. Alhamdulillah, im having very good boss that he can understand me as a mother.

Esok paginya- aku membawa Afreena ke HKL untuk checck up dan as u know- how the procedure of government hospital. Aku pulak tak berapa reti tentang procedure di government hospital. So we had another date for x-ray..in June  Dalam bulan June 2015 - curve Afreena dah bengkok ke pada 38 degrees. Doktor just advise to come again in August 2015 - untuk lihat progress of Afreena curve. Malangya pada awal bulan August sebelum tarikh temu janji- pihak hospital menelefon memberitahu temujanji terpaksa ditunda ke bulan October kerana tiada doktor . Aku hanya akur dengan keputusan itu dan berdoa semoga curve Afreena tidak bertambah dan dipermudahkan segalanya.

Allah itu sebenarnya telah mengaturkan segala-galanya tanpa kita sedari. Aku diuji lagi ..pada 29/7/2015-jam 8.00pagi ketika aku hendak bergerak ke office. Pihak sekolah Afreena menelefon dan memberitahu bahawa Afreena terjatuh di tandas sekolah. Ya Allah- rasa gugur jantungku ketika itu. Dan hanya allah saja yang ketahui perasanku. Apa lagi aku terus menelefon boss untuk memberitahu apa yang berlaku ke atas anak ku. Kini aku di dalam kereta dan tanganku di stering kereta di mana airmata dh berjurai turun. tetapi ku kuatkan hati pandu kereta dengan berhati-hati menuju ke sekolah Assunta. Setibanya aku di sekolah Afreena dah ada di pejabat. Jalan terjengket sikit ..katanya sakit sikit. From the school , aku hanya pandu dan melalui Jalan Changgi . Aku berhenti di depan petrol pump yang bertentangan dengan bangunan EPF. Ketika itu aku keliru,,whre im suppose to bring Afreena = either HKL or PPUM. I called my husband>.he said just drove to PPUM. Dan masa yang sama aku hubungi adik aku yang ketiga..untuk dia pandu kereta ini jika aku pergi ke PPUM. Maklum lah agak sukar mendapatkan parking di PPUM. Once decided_i drove my car to PPUM and stop at emergency ward and walk there. My brother drove a car to parking.

After registraion at emergency - Afreena went to x-ray and have a rest in the bed before doctor come and explained in further details. Surprising that her x ray looks very bad- and the doctor advise me to seen a scoliosis specialist. Aku bertanya bila boleh jumpa doktor pakar for scoliosis. The doctor said_ i need to go outpatient clinic and get the referral letter there only i can see scoliosis pakar. Aku pun tanpa berlengah terus ke outpatient clinic dan berjumpa dengan doktor- the doktor pun cakap yang curve Afreena sudah terlalu bengkok. Akhirnya dapat referal letter dan aku pun pegi buat appointment untuk scoliosis clinic di Menara Selatan. Alhamdulillah- dapat tarikh yang awal iaitu 31/7/2015 (Jumaat).  Selepas semua urusan selesai  - Afreena dibenarkan balik ..

31/7/2015- jam 8.00pagi - appointment Afreena dengan pakar scoliosis. So kami berjumpa dan doktor melihat x ray yang boleh dilihat online melalui komputer. Looks surprise- according the doctor Sya ..Afreena need to do surgery but she need to confirm dengan Prof Kwan- surgeon yang berpengalaman di PPUM dan UMSC. Doktor  memanggil Prof Kwan untuk melihat keadaan x ray Afreena_ dia dengan tenang memjelaskan bahawa Afreena confirmed perlukan pembedahan bagi mengelakkan apa2 yang tidak elok berlaku. Hasil dari keputusan x ray- Afreena punya curve dh bengkok about 55 degress. Aku hanya mampu bersetuju dengan keputusan Prof Kwan. and Prof Kwan asked us to wait until he come back from Manila to decide which date and month for Afreena surgery.

14/8/2015- We have an appointment wtih Prof Kwan- dan yang pasti surgery is the best for Afreena.
Prof Kwan decided- 6/10/2015- is the date of Afreena surgery.